Wednesday, January 18, 2017

Mahfuz persoal tindakan PAS Selangor

 | January 17, 2017
Mahfuz Omar berkata tindakan Iskandar Samad seolah-olah memberi isyarat tiada wakil parti akan menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri jika ia dihadiri DAP.
mahfuz-omar_Iskandar-Abdul-Samad_pas_600
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar mendesak Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menjelaskan alasannya tidak hadir pada majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana kehadiran Amanah dan DAP.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, tindakan pesuruhjaya PAS Selangor juga seolah-olah memberi isyarat yang wakil parti tidak akan menghadiri mesyuarat exco kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri jika ia dihadiri DAP.
“Adakah ini bermakna satu isyarat pada Datuk Seri Azmin Ali? Semua exco PAS di Selangor tidak akan hadir mesyuarat akan datang kerana adanya wakil DAP?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mahfuz berkata demikian bagi mengulas laporan Sinar Harian menyatakan PAS Selangor tidak hadir pada pelancaran PPBM di Stadium Malawati kerana ia turut dihadiri Amanah dan DAP.
Kata Iskandar, pimpinan parti sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke majlis pelancaran itu kerana ia tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti.

Justeru, Mahfuz mempertikaikan ada ia turut membayangkan kerjasama PAS dan PKR serta PPBM akan tamat memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai kerjasama dengan DAP.

Sementara itu, Iskandar turut menafikan ketidakhadiran wakil PAS pada majlis berkenaan disebabkan mempunyai kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), sebaliknya menegaskan sedang bertempur di semua peringkat.
“Kita tidak hadir kerana kebetulan sebahagian kami ada urusan lain, saya dapat tahu Tun M mengatakan PAS seolah-olah hanya berpura-pura melawan Umno dan nak pecah belahkan undi supaya BN menang.

“Tun tak patut katakan demikian kerana ahli PAS dah banyak jadi mangsa kezaliman Umno dan BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment