Sinar Harian
11 Januari 2017
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memberi
kebenaran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Ahli Majlis
Tertinggi Bersatu, Muhammad Zahid Md Arif bagi mencabar tindakan Ketua
Audit Negara yang mengklasifikasikan laporan audit 1 Malaysia
Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipa Farikulla membenarkan permohonan
tersebut selepas mendapati permohonan itu mempunyai merit untuk
didengar.
Mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak responden.
Dalam permohonan itu mereka menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; dan kerajaan
Malaysia sebagai responden.
Berdasarkan afidavit sokongannya, Azmin menuntut Laporan Audit Negara
berhubung 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi menurut
Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) diklasifikasikan semula sebagai
dokumen awam.
Antara lain, Timbalan Presiden PKR itu menyatakan alasan bahawa Ambrin
tidak mempunyai kuasa untuk mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai
rahsia rasmi kerana kuasa untuk berbuat demikian menurut Seksyen 2B OSA
hanya terserah kepada pegawai awam.
Awalnya aku tidak percaya saya selama alam ghaib aku meencoba bergabung bersama EYANG WORO MANGGOLO alhamdulillah saya bisa merubah nasib saya membahagiakan keluarga saya berkat angka togal EYANG WORO MANGGOLO bagi anda yang kesulitan dari keuangan bergabunglah bersama kami yakin dan percaya anda bisa merubah merubah nasib anda berkat angka togel eyang bergabunglah hubungi nomor Eyang woro manggolo di 0823-9177-2208
ReplyDelete