Thursday, January 19, 2017

Mahkamah: Kerajaan tidak boleh tuntut ganti rugi daripada penganjur demo

FMT | January 19, 2017
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata tidak adil sekiranya penganjur dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan
bersihPUTRAJAYA: Kerajaan gagal meyakinkan Mahkamah Persekutuan agar membolehkan ia menuntut ganti rugi kerosakan harta benda awam daripada penganjur tunjuk perasaan.

Panel 3 hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum hari ini membuang permohonan kebenaran merayu daripada kerajaan.
Tiada alasan diberikan bagi keengganan memberikan kebenaran itu.
Mengikut Seksyen 98 Akta Mahkamah Kehakiman 1965 (Akta 91), pemohon perlu meyakinkan panel bahawa persoalan undang-undang mereka ditimbulkan pertama kali ditimbulkan serta erkepentingan awam.

Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 376) mengenakan sebarang liabiliti undang-undang ke atas kerajaan bagi mendapatkan pampasan untuk kerosakan harta benda awam.

Peguam Tommy Thomas, yang tampil mewakili bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan 14 ahli jawatankuasa gabungan itu, menganggap persoalan kebenaran merayu itu remeh.
“Mengikut Akta 376 kerajaan dikecualikan daripada menyaman penganjur perhimpunan aman,” katanya.

Pendakwa raya Alice Loke berkata berdasarkan Akta 376, kerajaan boleh menjadi plaintif untuk menuntut ganti rugi kerosakan.
Mengulas keputusan mahkamah, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berasa lega mahkamah menjelaskan kedudukan penganjur himpunan aman dalam undang-undang.
“Kita tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam,” katanya.

Maria berharap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terpakai untuk setiap lapisan kerajaan – bermula di pihak berkuasa tempatan.
Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuang saman kerajaan menuntut pampasan RM110,000 daripada Bersih 2.0.
Panel 3 hakim diketuai Hakim Datuk Rohana Yusuf berkata tiada peruntukan di bawah Akta 376 yang boleh digunakan kerajaan untuk menuntut ganti rugi kerosakan akibat tunjuk perasaan.

Mahkamah Tinggi pada 2015 membuang tuntutan ganti rugi untuk harta benda awam yang dirosakkan semasa tunjuk perasaan Bersih 3 pada 28 April 2012.
Dalam tuntutan itu, kerajaan menuntut ganti rugi khas RM110,543 untuk membaiki kenderaan polis dan kos lain.

No comments:

Post a Comment