Monday, January 30, 2017

Masjid kedua di Texas dipecah masuk, dibakar

Sinar Harian
Masjid kedua di Texas dipecah masuk, dibakar
Masjid Victoria musnah selepas dibakar dipercayai akibat perbuatan khianat.
AUSTIN - TEXAS. Sebuah lagi masjid di Texas dibakar dan dimusnahkan selepas dipecah masuk seminggu sebelum, menjadikan ia masjid kedua dibakar di selatan Amerika Syarikat (AS) bulan ini.

Pusat Islam Victoria yang turut disasarkan dengan jenayah kebencian tahun lalu, musnah pagi semalam, dalam kebakaran yang disyaki akibat perbuatan khianat.
"Oleh kerana sentimen anti-Islam meningkat di AS dan peningkatan insiden jenayah kebencian menyasarkan individu serta institusi Islam, kami menggesa penyiasat untuk menyiasat kejadian ini dengan lebih adil," tegas Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Islam-Amerika (Cair), Mustafaa Carroll.

Difahamkan, kebakaran Masjid Victoria dikesan seorang pekerja kedai runcit yang melihat asap dan kepulan api sekitar jam 2 pagi (waktu tempatan) sebelum menghubungi bomba.
Pada 21 Januari lalu, masjid berkenaan dipecah masuk dan beberapa barangan elektrik termasuk komputer riba telah dicuri. - Press TV

No comments:

Post a Comment