Sunday, January 29, 2017

Mata tersembul semasa main bola keranjang

Sinar Harian
Mata tersembul semasa main bola keranjang
Keadaan Akil Mitchell selepas matanya terkeluar dari soket. - Foto sumber Sporting News
WELLINGTON - NEW ZEALAND. Orang ramai yang sedang menonton sebuah pertandingan bola jaring menjerit ketakutan selepas mata seorang pemain tersembul keluar, semalam.

Menurut laporan Dailymail, mata pemain pasukan New Zealand Breakers, Akil Mitchell terkeluar dari soketnya secara tiba-tiba.
Melalui siaran rakaman perlawanan, Akil kelihatan terduduk sambil memegang matanya sambil menjerit kesakitan, sambil ahli pasukannya dan pasukan lawan bergegas membantu beliau.
Orang ramai yang sedang menonton dan pengadil jelas terkejut dan ngeri dengan keadaan tersebut.

Akil kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa kemudian mengesahkan beliau telah dirawat dan dibenarkan pulang tetapi perlu menjalani beberapa siri ujian.
Ketika kejadian, pasukan Akil sedang bersaing dalam Liga Bola Jaring Kebangsaan dan pasukkannya tewas 94-81 pada malam semalam.

No comments:

Post a Comment