Sunday, January 8, 2017

Mufti pengampu kerajaan, tak bebas bersuara, bidas Dr M

FMT | January 7, 2017
Dr Mahathir berkata, jika jemaah menunaikan haji dengan wang curi, ia seperti tahu pinggang penuh dengan makanan haram, tetapi mereka memakannya juga.
mahathir-1mdbSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas mufti yang menyangkal dakwaannya berhubung jemaah tajaan 1MDB tidak mendapat haji mabrur sebagai “pengampu kerajaan”.

Bekas perdana menteri itu terus mempertahankan kenyataannya yang dilaporkan minggu lalu dan enggan memohon maaf seperti diminta seorang ahli politik Umno.
“Kenapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang kata saya salah, dibayar berbuat demikian. Mereka perlu ampu, mereka perlu bodek. Mereka tidak bebas bersuara.

“Bila jadi mufti kerajaan, kenalah puji kerajaan,” katanya pada sidang media di Komplkes PKNS hari ini.
Pada 1 Januari lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, jemaah yang menunaikan ibadat haji menggunakan wang 1MBD, tidak akan mendapat haji mabrur.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sejak itu, beliau dikritik beberapa mufti termasuk Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang dilaporkan berkata, hanya Allah yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak dan mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah, tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.

Dr Mahathir berkata: “Jika anda pergi dan menunaikan haji dengan wang curi, ia seperti tahu pinggang penuh dengan makanan haram, anda makan juga.”
Sejak 2011, Yayasan 1MDB menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan ibadah haji dan jumlah bertambah kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).
Manakala, bagi 2016 seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih menyertai program itu

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete