Thursday, January 26, 2017

PKR alu-alukan langkah salam damai DAP kepada PAS

 | January 26, 2017
Azmin meyakini kebijaksanaan PAS yang juga mahukan kerajaan bersih, keadilan dan pembanterasan rasuah demi menyelamatkan negara
azmin-DAP-PAS
PETALING JAYA: PKR mengalu-alukan semangat kerjasama yang ditunjukkan DAP melalui kesediaan Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan PAS demi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan huluran perdamaian sebagai langkah positif menuju penyatuan semua parti politik.
“Muafakat hanya boleh tercapai melalui perbincangan dan perundingan. Kita perlu akur bahawa rundingan adalah suatu proses yang rumit. Kita mesti melakukannya demi rakyat dan negara.

“Saya yakin perkara rumit ini boleh dirungkai jika semua pihak mengamalkan sikap terbuka dan bertolak ansur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, hasrat kerjasama DAP itu ditolak Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan yang menyifatkan Kit Siang tidak jujur dan tidak sabar.

Menyifatkan hasrat itu sebagai “wayang opera” murahan, Nasrudin berkata PAS lebih berhati-hati kali ini selepas 2 kali dikhianati DAP.
PAS dan DAP memutuskan kerjasama susulan perbalahan tentang matlamat PAS melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan. Perpisahan itu membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat, yang turut dianggotai PKR.

Azmin meyakini PAS akan membuat keputusan yang bijak tentang kerjasama ini.
“Mereka (PAS) juga mahukan sebuah kerajaan bersih dan komited kepada prinsip keadilan dan pembanterasan rasuah demi menyelamatkan negara.

“Saya juga amat memahami dan menghormati tumpuan yang sedang diberikan oleh pimpinan tertinggi PAS menjelang muktamar tahunan 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi,”

1 comment:

  1. dari ucapan sapa yg azmin abik yg PAS akn bekerjasama dgn Dap.! Sejauh yg kami tahu syarat PAS yg mahu Dap hormati Dasar islam PAS ketengahkan itu Dap masih flip plop lg

    ReplyDelete