Presiden Perkasa mencadangkan PAS mengumpul tanda tangan sebagai sokongan berbanding mengadakan perhimpunan di ibu kota.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini
mencadangkan PAS mengadakan petisyen bagi mendapatkan sokongan
masyarakat terhadap usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965 yang turut dikenali RUU 355.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan mengumpul tanda
tangan sebagai sokongan dilihat lebih baik berbanding mengadakan
perhimpunan di ibu kota.
“Pungutan suara itu lebih baik, lebih teratur dan akan menampakkan
PAS lebih ikhlas memperjuangkan apa yang dituntut dalam Islam dan
bukannya untuk agenda politik,” katanya pada sidang media, di sini hari
ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan PAS
mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memberi penerangan kepada
orang ramai khususnya umat Islam mengenai cadangan pindaan Akta 355 itu.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis
hanya akan membenarkan “Himpunan 355” diadakan di Dataran Merdeka pada
18 Feb ini sekiranya penganjur mematuhi semua syarat di bawah Akta
Perhimpunan Aman 2012.
Awalnya aku tidak percaya saya selama alam ghaib aku meencoba bergabung bersama EYANG WORO MANGGOLO alhamdulillah saya bisa merubah nasib saya membahagiakan keluarga saya berkat angka togal EYANG WORO MANGGOLO bagi anda yang kesulitan dari keuangan bergabunglah bersama kami yakin dan percaya anda bisa merubah merubah nasib anda berkat angka togel eyang bergabunglah hubungi nomor Eyang woro manggolo di 0823-9177-2208
ReplyDelete