KUALA LUMPUR - Ketika Sarawak masih berdukacita dengan pemergian ketua
menterinya yang dikasihi rakyat Tan Sri Adenan Satem, tumpuan kini
beralih kepada siapakah bakal menjadi penggantinya.
Benar, rakyat masih terkejut dengan pemergian mengejut Adenan yang
lebih dikenali sebagai “Tok Nan”, pemimpin kesayangan mereka, namun
persoalan mengenai siapa yang akan menggantikan beliau pasti bermain
dalam fikiran mereka sekarang.
Adenan, yang dilantik sebagai ketua menteri kelima bagi negeri itu pada
28 Feb 2014, meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan
semalam.
Beliau akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-73 pada 27 Jan ini.
Menurut penganalisis politik, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) -
yang merupakan tonggak bagi Barisan Nasional - yang menerajui kerajaan
negeri - mempunyai kata putus mengenai pelantikan ketua menteri
seterusnya.
Adenan menjadi Presiden PBB, yang mempunyai 40 daripada 82 kerusi Dewan
Undangan Negeri manakala parti-parti komponen BN lain pula mempunyai
sejumlah 32 kerusi.
Semalam, ketika ditanya pemberita sama ada pemangku ketua menteri akan
dilantik, Timbalan Ketua Menteri (TKM) Datuk Amar Abang Johari Openg
berkata kerajaan negeri akan beroperasi seperti biasa dan buat masa ini
akan memberi tumpuan kepada penghormatan terakhir kepada Adenan
selayaknya.
Kerajaan Sarawak mengumumkan tempoh berkabung tujuh hari, dengan
bendera negeri dikibarkan separuh tiang dan semua majlis negeri
ditangguhkan sebagai menghormati pemergian beliau.
KAUKUS UNTUK MEMILIH PEMIMPIN BAHARU
Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak Prof Madya Dr Jeniri Amir
berkata memandangkan kaukus PBB diberi kuasa untuk memilih Ketua
Menteri, mesyuaratnya pasti dinanti-nantikan.
"Saya jangka kaukus akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara ini selepas tempoh (tujuh hari) berkabung (Adenan).
"Tiada cara lain untuk memilih Ketua Menteri baharu kerana sistem ini
telah termaktub dalam perlembagaan parti itu sejak 2002. Malah, Adenan
juga dipilih melalui sistem kaukus parti," katanya ketika dihubungi
Bernama.
Kaukus PBB, yang terdiri daripada kesemua wakil rakyatnya
(Anggota-anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri) serta senator,
memainkan peranan yang penting dalam pemilihan calon untuk jawatan
eksekutif tertinggi kerajaan negeri itu.
Sistem kaukus adalah sama dengan yang diamalkan oleh parti-parti
politik utama di negara-negara maju seperti Kanada dan New Zealand. Di
bawah sistem kaukus yang diamalkan oleh PBB, sesiapa yang dipilih
sebagai Ketua Menteri akan secara automatik dilantik sebagai presiden
parti dan pengerusi kaukus.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa pemilihan calon tidak bergantung kepada hierarki parti.
Pada masa ini, jawatan tertinggi mengikut hierarki dalam PBB terdiri
daripada timbalan presiden parti iaitu Abang Johari, dan naib presiden
Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Tan Sri Dr Alfred Jabu juga adalah timbalan presiden PBB tetapi beliau
tidak bertanding pada pilihan raya negeri April lalu, menyebabkan
namanya terkeluar daripada senarai calon berpotensi untuk jawatan ketua
menteri.
Sarawak mempunyai tiga TKM, dua daripadanya adalah Abang Johari dan
Uggah. Seorang lagi ialah Tan Sri Dr James Jemut Masing, yang merupakan
presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), parti komponen kedua terbesar BN di
negeri itu.
PEMANGKU PENGERUSI AKAN DILANTIK TERLEBIH DAHULU
Jeniri berkata apabila Adenan dipilih sebagai pengganti kepada Tun
Abdul bTaib Mahmud pada 2014, Adenan tidak memegang sebarang jawatan
penting dalam PBB.
Walaupun tiada siapa yang dapat meramalkan bagaimana ahli-ahli kaukus
akan memilih pemimpin mereka seterusnya, Jeniri berkata berdasarkan
pemerhatian beliau, aspek-aspek pengalaman dan tempoh perkhidmatan
berkemungkinan menjadi kriteria pemilihan.
Sementara itu, pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman
Awang Pawi, percaya bahawa dalam tempoh beberapa hari lagi, pemangku
pengerusi kaukus akan dilantik, yang kemudian akan mengatur mesyuarat
kaukus untuk memilih ketua menteri seterusnya.
"Dan, setelah kaukus bermesyuarat dan memutuskan nama Ketua Menteri
baharu, pemangku pengerusi memaklumkan pemimpin negeri (Taib)," katanya.
Ditanya, bila ketua menteri baharu itu mungkin diplih, Awang Azman
berkata segalanya bergantung kepada tarikh berlangsungnya mesyuarat
kaukus itu.
"Ia mungkin berlaku sebaik sahaja tamat tempoh berkabung atau selepas
pilihan raya kecil (DUN Tanjung Datu yang baru kosong)," katanya.
ABANG JOHARI, UGGAH DAN AWANG TENGAH DALAM SENARAI
Walaupun Adenan tidak pernah menyatakan secara terbuka mengenai
penggantinya kelak, terdapat desas-desus bahawa beliau sudah memikirkan
mengenai penggantinya ketika menyenaraikan barisan tiga orang TKM.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Suffian Mansor berkata ia
dapat dilihat daripada barisan penyandang di mana dua daripada mereka -
Abang Johari dan Uggah - adalah daripada parti PBB.
"Selepas pilihan raya negeri (April lepas), Adenan memberikan beberapa
petunjuk apabila beliau mewujudkan tiga jawatan timbalan ketua menteri,
satu daripada dipegang oleh Abang Johari. Sama ada kaukus akan memberi
perhatian terhadap bayangan itu atau sebaliknya, tiada siapa yang tahu
tetapi ia hanya pandangan saya.
"Tetapi saya fikir anggota kaukus akan mengkaji siapa yang lebih senior
dalam tempoh perkhidmatan dengan kerajaan negeri," katanya.
Berdasarkan pemerhatian Suffian, kedua-dua calon utama untuk jawatan ketua menteri adalah Abang Johari dan Awang Tengah.
"Walaupun Awang Tengah bukan Timbalan Ketua Menteri, dia adalah seorang
menteri kanan negeri dan Naib Presiden Kanan PBB. Saya percaya bahawa
parti dan Adenan telah mempunyai rancangan mengenai penggantinya selepas
pilihan raya negeri tahun lepas," kata beliau.
Seorang bekas pemimpin parti komponen BN negeri, yang enggan dikenali,
menyatakan pandangan yang sama. Beliau berkata hakikat bahawa Adenan
telah melantik Abang Johari sebagai seorang daripada tiga TKM
mencerminkan bahawa beliau mempunyai pengganti berpotensi dalam
fikirannya.
"Tidak masuk akal jika ia (pelantikan) tidak berkaitan dengan bakal
pengganti," kata beliau dan menambah kata bahawa secara tradisi, jawatan
timbalan ketua menteri pertama telah diperuntukkan kepada pihak Pesaka
dalam PBB kerana berlaku perkongsian kuasa dalam parti, yang ditubuhkan
berikutan penggabungan Parti Pesaka (Dayak) dan Parti Bumiputera (Melayu
Bumiputera/ Melanau) pada 1970-an.
Apabila Adenan mengumumkan barisan Kabinet Sarawak pada Mei tahun
lepas, Uggah disenaraikan sebagai TKM 1, Masing TKM 2 dan Abang Johari,
TKM 3.
"Masing dilantik sebagai TKM kerana kedudukannya yang paling kanan
sebagai pemimpin parti komponan BN kedua terbesar di Sarawak. Jawatan
TKM ketiga biasanya dikhaskan untuk kaum Cina tetapi, dalam kes ini, ia
diberikan kepada Abang Johari.
Jadi sekarang kita mempunyai dua TKM daripada PBB dan hanya masuk akal
bahawa seorang daripada mereka dinaikkan ke jawatan Ketua Menteri," kata
bekas pemimpin parti itu.
Beliau berkata sekiranya seorang daripada TKM dilantik sebagai ketua
menteri baharu, jawatan TKM yang kosong berkemungkinan diisi oleh
seorang wakil kaum Cina, kemungkinan besar daripada Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (SUPP), yang menunjukkan banyak kemajuan dalam pilihan raya
negeri lepas.
Dalam pilihan raya pada April 2016, PBB memenangi kesemua 40 kerusi yang ditandinginya, PRS memenangi semua 11 kerusi, SUPP
No comments:
Post a Comment