Friday, January 27, 2017

Siapa nak bersama Pakatan, tinggal 2 minggu, kata Amanah

 | January 27, 2017
Salahuddin berkata pembangkang tidak boleh berlengah merangka strategi menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang
Salahuddin-Ayub_pakatan_600
PETALING JAYA: Amanah memberikan tempoh sehingga pertengahan Februari untuk Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat keputusan muktamad mengenai kerjasama dengan parti lain.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata gabungan pembangkang tidak boleh berlengah untuk merangka strategi besar menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam apa kemungkinan sekalipun.

“Amanah berpandangan bahawa kita (PH dan PPBM) cukup terbuka dan menunaikan tanggungjawab besar bagi menyatukan parti pembangkang.
“Masa telah tamat dan pertengahan Februari adalah garis penamat untuk PH dan PPBM membuat keputusan muktamad,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia dilihat kata dua kepada PAS yang masih tidak memutuskan sama ada mahu mengadakan kerjasama dengan pembangkang lain.
Sebelum ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar PAS kerana masih tidak memberikan kata putus.

Semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR masih meneruskan rundingan dengan PAS.
Azmin berkata PKR yakin kebijaksanaan dan pengalaman luas kepimpinan PAS.
PH disertai PKR, DAP dan Amanah, dan mengadakan kerjasama dengan PPBM. PAS bagaimanapun enggan menyertai PH kerana tidak bersetuju dengan penyertaan DAP dan Amanah

No comments:

Post a Comment