Remaja terbabit berkata, ayahnya memberi kebenaran kepadanya dan kakaknya turut membuat laporan polis berhubung isu sama.
GEORGE
TOWN: Beliau belajar di sebuah sekolah di Ampang, Selangor dan mendakwa
menulis buku pertamanya pada usia 3 tahun dan blog sejak berusia 4
tahun.
Jumaat lalu, remaja terbabit menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia
yang beliau ada kuasa untuk memaksa ketua menteri Pulau Pinang
menghabiskan masa sejam bagi menjelaskan kepada polis kenapa satu
kenyataannya yang dimuat naik ke limguaneng.com tidak berbaur hasutan.
Lim Guan Eng menyifatkan laporan dan siasatan polis terhadapnya “remeh”.
“Terpulang kepada polis sama ada mahu meneruskannya, tetapi siapa
yang akan dapat faedahnya?” kata Lim kepada pemberita selepas memberi
keterangan kepada polis, Jumaat lalu.
Bagaimana remaja itu memaksa siasatan berkenaan dimulakan dengan
menjadi satu daripada 5 orang di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur yang
membuat laporan polis terhadap Lim untuk sesuatu yang setiausaha agung
DAP itu muat naik ke blognya baru-baru ini berhubung undang-undang
syariah kontroversi.
Seorang lagi pengadu ialah kakak remaja itu yang berusia 20 tahun, Aeshah Adlina.
Remaja yang mendedahkan butirannya kepada Berita Harian memberitahu:
“Ayah saya kata dia mahu membuat laporan polis dan saya tanya jika saya
juga boleh membuat laporan. Ayah saya benarkannya.”
Seorang pegawai polis kanan yang ditemu bual FMT berkata, tidak salah untuk kanak-kanak atau remaja membuat laporan polis.
Pegawai polis itu berkata, tiada peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah
yang menghalang seorang remaja daripada memfailkan laporan.
“Kemudian, langkah seterusnya adalah menentukan sama ada aduan itu
mempunyai asas dan kebenaran. Jika ada, kami akan memulakan siasatan,”
katanya kepada FMT.
Seorang peguam jenayah kanan menjelaskan, walaupun kanak-kanak atau
remaja boleh membuat laporan polis, mahkamah perlu berpuas hati dengan
kecekapan pengadu sebelum beliau boleh memberi keterangan di mahkamah.
Itulah syarat di bawah Akta Keterangan 1950.
Peguam itu berkata, kecekapan saksi itu perlu diputuskan mahkamah terlebih dahulu.
Laporan polis yang dibuat remaja itu pada 23 November lalu, ketika
beliau masih berusia 13 tahun, berkaitan catatan Lim berhubung rang
undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Remaja itu mendakwa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“Saya membuat laporan polis itu selepas mendapati catatan blog Lim
tidak tepat dan bercanggah dengan undang-undang,” kata remaja terbabit
kepada Berita Harian.
Dalam blognya sendiri, remaja berkenaan mendakwa catatan blog Lim adalah “tuduhan dikitar semula”.
“Akta 355 mahupun pindaan akta itu tidak bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Akta 355, ia bukan tentang
pelaksanaan undang-undang seperti hudud yang dituduh ketua menteri Pulau
Pinang.
“Hakikat Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf institusi Mahkamah
Syariah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 121 (1A) dan Bahagian 1
Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, membuktikan Akta
355 tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” tulis remaja
itu di blognya.
Remaja itu memberitahu Berita Harian beliau bercita-cita menjadi ahli
politik dan berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra, Parlimen serta
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Beliau turut memuat naik laporan polisnya di blognya.
No comments:
Post a Comment