Monday, January 16, 2017

Skandal seks: Anina perjelas kenapa diamkan diri

Anina Saadudin
Anina Saadudin
SHAH ALAM – "Saya mendiamkan diri kerana tiada bukti kukuh mengaitkan diri saya dalam hal itu," demikian respons Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Anina Saadudin berhubung skandal seks yang dikaitkan dengannya.
Katanya, setakat ini tiada sebarang bukti kukuh bagi mensabitkan dirinya dalam hal itu.

“Saya tiada sebarang komen terhadap skandal seks yang dikatakan ditujukan kepada saya kerana tiada apa-apa bukti menunjukkan saya sebagai individu terlibat.

“Selagi tidak ada bukti, saya tidak akan berkata apa-apa sebab saya tidak nampak asas bahawa saya terlibat hal tersebut. Oleh sebab itu saya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan hal tersebut,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis pelancaran Bersatu di Stadium Malawati, di sini semalam.

Kata Anina lagi, dakwaan skandal seks itu menggambarkan dirinya begitu penting dalam dunia politik tanah air sehinggakan taktik kotor itu digunakan bagi menjatuhkannya.
“Bagi saya ia tidak mengejutkan, kerana mungkin kehadiran saya dalam politik negara maka saya dikaitkan dengan hal tersebut.

“Tetapi ia tidak langsung menjatuhkan saya. Malah sokongan rakyat akar umbi makin  bertambah kuat kepada saya,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, meskipun bukan lagi Ketua Srikandi Bersatu, kehadiran pada majlis pelancaran itu sebagai komitmennya yang merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas Bersatu.

“Saya adalah antara pengasas Bersatu. Saya perlu datang kerana komitmen saya untuk menentang kerajaan kleptokrat dan berdiri kukuh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu). Gagasan Mahathir itu akan saya sokong hingga ke akhir perjuangan saya.

“Saya tiada rasa apa-apa tetapi bangga dapat bersama dengan pucuk kepimpinan Bersatu. Paling mengembirakan saya kehadiran ahli yang datang dari seluruh negara tanpa perlu peruntukan kepada mereka,” katanya.

Kata beliau, objektif dalam perjuangan adalah untuk menyelamatkan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digugurkan.
“Saya difahamkan saya bukan lagi Ketua Srikandi, namun itu bukan isunya. Ketika awal Bersatu ditubuhkan, saya telah menolak beberapa kali jawatan itu kerana ia bukanlah objektif perjuangan saya,” katanya.

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete