SHAH ALAM – "Saya mendiamkan diri kerana tiada bukti kukuh mengaitkan
diri saya dalam hal itu," demikian respons Ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi Bersatu, Anina Saadudin berhubung skandal seks yang dikaitkan
dengannya.
Katanya, setakat ini tiada sebarang bukti kukuh bagi mensabitkan dirinya dalam hal itu.
“Saya tiada sebarang komen terhadap skandal seks yang dikatakan
ditujukan kepada saya kerana tiada apa-apa bukti menunjukkan saya
sebagai individu terlibat.
“Selagi tidak ada bukti, saya tidak akan berkata apa-apa sebab saya
tidak nampak asas bahawa saya terlibat hal tersebut. Oleh sebab itu saya
mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan hal
tersebut,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis pelancaran Bersatu
di Stadium Malawati, di sini semalam.
Kata Anina lagi, dakwaan skandal seks itu menggambarkan dirinya begitu
penting dalam dunia politik tanah air sehinggakan taktik kotor itu
digunakan bagi menjatuhkannya.
“Bagi saya ia tidak mengejutkan, kerana mungkin kehadiran saya dalam politik negara maka saya dikaitkan dengan hal tersebut.
“Tetapi ia tidak langsung menjatuhkan saya. Malah sokongan rakyat akar umbi makin bertambah kuat kepada saya,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, meskipun bukan lagi Ketua Srikandi Bersatu,
kehadiran pada majlis pelancaran itu sebagai komitmennya yang merupakan
salah seorang daripada tujuh pengasas Bersatu.
“Saya adalah antara pengasas Bersatu. Saya perlu datang kerana komitmen
saya untuk menentang kerajaan kleptokrat dan berdiri kukuh di belakang
Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu). Gagasan Mahathir itu akan
saya sokong hingga ke akhir perjuangan saya.
“Saya tiada rasa apa-apa tetapi bangga dapat bersama dengan pucuk
kepimpinan Bersatu. Paling mengembirakan saya kehadiran ahli yang datang
dari seluruh negara tanpa perlu peruntukan kepada mereka,” katanya.
Kata beliau, objektif dalam perjuangan adalah untuk menyelamatkan
Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digugurkan.
“Saya difahamkan saya bukan lagi Ketua Srikandi, namun itu bukan
isunya. Ketika awal Bersatu ditubuhkan, saya telah menolak beberapa kali
jawatan itu kerana ia bukanlah objektif perjuangan saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment