Sinar Harian
ABUJA - NIGERIA. Sekurang-kurangnya 52 orang awam terbunuh selepas
tentera Nigeria tersilap melancarkan serangan udara menyasarkan sebuah
kem pelarian di kawasan timur laut Rann berhampiran sempadan Cameroon.
Kelmarin, Mejar Jeneral Lucky Irabor turut mengesahkan kesilapan itu.
"Lebih 200 orang awam termasuk kakitangan Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) dan Doctors Without Borders (MSF) turut cedera dalam
insiden tersebut," katanya.
Sementara itu, pegawai tempatan memaklumkan pesawat pejuang tentera
udara melancarkan serangan itu di bawah operasi untuk membedil kedudukan
kumpulan militan, Boko Haram.
Dalam satu kenyataan lain, ICRC memberitahu kesilapan itu telah
mengorbankan enam kakitangan warga tempatan manakala 13 lagi cedera.
Beberapa jam kemudian, MSF turut mengutuk serangan udara tersebut. - Agensi
No comments:
Post a Comment