14/1/17
Umno Kelantan kini melakukan pelbagai persiapan awal bagi menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini, kata
Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa berkata pelbagai persiapan dan strategi disusun untuk menawan
lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kalau ikut spekulasi PRU14 mungkin diadakan pada tahun ini dan Badan
Perhubungan Umno Kelantan telah membuat banyak persiapan," katanya
kepada
pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 anggota Umno di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perupok di Bachok, hari ini.
pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 anggota Umno di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perupok di Bachok, hari ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata Umno
Kelantan juga telah menggerakkan jentera parti dengan melantik anggota
jawatankuasa di
peringkat akar umbi terutama di PDM dan cawangan.
peringkat akar umbi terutama di PDM dan cawangan.
"Kita serius dengan perkara ini (PRU14) dan kita bersedia lebih awal
pada kali ini. Kita akan melaksanakan kerja-kerja dengan penuh strategi
bagi menawan
kerusi-kerusi yang telah dikenalpasti," katanya.
kerusi-kerusi yang telah dikenalpasti," katanya.
Hadir sama Ketua Umno bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin,
Timbalan Ketua Umno bahagian Dr Ilias Husain, Setiausaha Badan
Perhubungan Umno Kelantan Senator Datuk Hanafi Mamat dan Ketua
Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad.
-Bernama
No comments:
Post a Comment