PKR menyatakan kesediaannya untuk bertarung 3 penjuru
pada pilihan raya umum, dilihat perubahan dalam pendiriannya yang masih
meletakkan harapan kepada PAS.
PETALING JAYA: PKR yang selama ini masih menaruh harapan terhadap PAS
yang bermusuhan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini
dilihat semakin menjarakkan diri daripada parti Islam itu.
Beberapa pemimpin kanan PKR memberi bayangan yang parti itu lebih
mengutamakan kerjasama dengan DAP dan Amanah, di samping Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) yang menjalinkan persefahaman dengan ketiga-tiga
parti itu menerusi PH.
“Dari segi perjanjian PKR, kita konsisten untuk bekerjasama dengan
Amanah, DAP dan PPBM. Jadi, sama ada PAS ingin bekerjasama atau kaji
semula itu terserah kepada mereka (PAS),” kata Ketua Penerangan PKR,
Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad berkata PAS akan menilai semula hubungan dengan PKR pada muktamarnya April ini.
Presiden PAS itu sekali lagi menegaskan tidak bekerjasama dengan DAP
dan Amanah yang disifatkannya menentang Islam kerana tidak menyokong
rang undang-undang (RUU) meningkatkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan
hukuman lebih berat.
Gesaan Hadi itu ketika PAS dan PPBM berbincang di luar kerangka PH,
sesuatu yang masih belum menghasilkan sebarang kerjasama yang jelas.
Ia juga dilihat berlawanan dengan mesyuarat PAS-PPBM pada 1 Februari,
diwakili Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan
sejawatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kedua-dua mereka mengumumkan
jawatankuasa teknikal bersama bagi mengkaji kerjasama secara rasmi.
Pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu bagaimanapun tidak sehaluan,
dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mengulangi
kritikan terhadap PAS kerana semakin mesra dengan pentadbiran Datuk Seri
Najib Razak.
Sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kemaraan Hadi dan penyokongnya
daripada sayap Dewan Ulama parti itu, PAS semakin berubah dasarnya
terhadap parti pembangkang lain, dan mengambil sikap berlembut dengan
Umno.
Parti itu juga bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, dan memilih
bersendirian di bawah apa yang yang dinamakan Gagasan Sejahtera, yang
disertai sebuah parti kecil pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir
Sheikh Fadzir.
Situasi itu menyebabkan hasrat pembangkang untuk melawan Barisan
Nasional (BN) satu-lawan-satu pada pilihan raya umum akan datang,
sesuatu yang tidak akan tercapai.
Syed Ibrahim berkata, PKR bersiap sedia menghadapi persaingan 3 penjuru.
“Kita semua pembangkang kena bersatu lawan satu. Itu akan beri kekuatan yang lebih.
“Kita tahu senario sekarang kita hendak capai yang terbaik 1 lawan 1,
kalau tidak boleh masuk pilihan raya umum dalam 1 penjuru kita kena
bersedia dengan 3 penjuru,” katanya.
Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata PKR masih mengekekalkan kerjasama
dengan PAS di peringkat kerajaaan negeri Selangor, yang turut disertai
DAP.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution lebih tegas dalam soal
kerjasamanya dengan DAP dan Amanah, dan memberi jaminan akan tetap
bersama PH.
“Saya nyatakan secara jelas, tanpa berselindung. PKR adalah rakan
komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah, itu tidak akan berubah.
“Ikatan ini dimeterai dengan satu ikatan yang ditandatangani dan ada
strukturnya, kekerapan pertemuan, kerangka bersama,” kata Saifuddin
kepada FMT.
Saifuddin berkata, haluan dan pendekatan diambil PAS untuk menewaskan BN berbeza daripada pendekatan PKR dan PH.
“Jika PAS merasakan bersendirian adalah formula kemenangan, itu dianggap lebih baik untuk PAS.
“Kita hormati kefahamannya bahawa (menjadi) tunggal itu kuat,”
katanya, dipercayai merujuk kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini
yang lebih suka parti itu bersendirian daripada akur dengan dasar dan
kemahuan parti pembangkang lain
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
ReplyDeleteSaya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...