Wednesday, February 1, 2017

Amaran polis rasuah

Sinar Harian
Dela Rosa
Dela Rosa
MANILA - FILIPINA. Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Filipina menghentikan sementara kempen anti dadah dan akan mula menyasarkan pegawai polis yang menyalahgunakan kuasa.

"Kepada semua polis samseng, berhati-hati. Kami tidak lagi berperang menentang dadah. Kami akan membersihkan pegawai berkuasa dan selepas itu, menyambung semula perang terhadap dadah," tegas Ketua Pengarah Polis Negara Filipina (PNP), Jeneral Ronald dela Rosa.

Pengumuman Dela Rosa dibuat berikutan penculikan dan pembunuhan ahli perniagaan Korea Selatan, Jee Ick-joo oleh pegawai polis di Filipina.
Menurut Presiden Rodrigo Duterte, beliau tidak boleh terima pegawai anti dadah menyalah guna kuasa untuk terlibat dalam penculikan yang membawa kepada kematian Ick-joo di perkarangan Ibu Pejabat PNP.

"Anda anggota polis yang paling rasuah dan ia telah wujud dalam sistem anda," katanya turut memberitahu hampir 40 peratus daripada pasukan polis terlibat dalam aktiviti haram di Filipina lapor Press TV.

No comments:

Post a Comment