Saturday, February 11, 2017

Azmin pertahan kenyataan ‘menteri letak jawatan’

 | February 11, 2017
Menteri besar Selangor itu bertegas ia maklumat yang diterimanya secara langsung daripada menteri terbabit dan orang ramai hanya perlu 'tunggu dan lihat'.
azmin
KLANG: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan kenyataan malam tadi, mengenai peletakan jawatan seorang menteri, sambil menambah maklumat datang daripada individu itu sendiri.
“Maklumat (datang) secara langsung daripada orang tersebut. Tunggu, kami akan membuat pengumuman itu,” kata Azmin kepada pemberita pada majlis makan malam di Klang, malam tadi.

Respons Azmin mengenai dakwaan peletakan jawatan itu adalah susulan tindakan Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan khabar angin itu melalui media sosial.
“Tidak ada menteri memaklumkan pada saya bahawa dia meletakkan jawatan,” kata perdana menteri di Facebook dan Twitter malam tadi.

“Saya andaikan Azmin berbohong untuk mencetuskan kekecohan kecuali beliau dedahkan nama menteri itu.”
Azmin membalas kembali dengan mengatakan penafian Najib terhadap tuduhan itu tidak mengejutkan.

“Sudah tentu beliau akan menafikannya. Tunggu dan lihat,” kata menteri besar Selangor itu.
Petang semalam, Azmin menimbulkan spekulasi selepas menulis Twitter jika berita seorang menteri kanan meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah benar.
FMT menghubungi beberapa menteri yang berkata mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menolak tweet Azmin berkata ia “cerita nakal” untuk mengelirukan orang ramai menjelang pilihan raya umum.

1MDB menjadi isu semasa rombakan Kabinet pada Julai 2015, yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal dilucutkan daripada jawatan mereka.

Pada Jun tahun lepas, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan ke-2, berkata “tertekan” dengan kontroversi 1MDB.

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    ReplyDelete