Malaysiakini 11/2/17
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberi tempoh sebulan dari
hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai
Pakatan Harapan ataupun tidak, kata pengerusinya, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau berkata walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan
dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Februari lepas,
keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.
"Kalau PAS tak nak masuk (Pakatan Harapan) pun, terpulanglah,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana BERSATU-DAP di Alor
Setar hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai
perkara itu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment