Monday, February 20, 2017

Bom kereta meletup, 52 maut

Sinar Harian
Bom kereta meletup, 52 maut
Penyerang meletupkan bom kereta di sebuah pusat jual beli kereta terpakai.
BAGHDAD - IRAQ. Lebih 50 orang terbunuh apabila bom kereta meletup di sebuah pusat jual beli kenderaan terpakai di selatan Iraq, kelmarin.

Menurut jurucakap Operasi Pemerintah Baghdad, letupan tersebut mencetuskan kepulan asap hitam tebal memenuhi ruang udara kejiranan Bayaa, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

"Pengganas meletupkan bom kereta berhampiran kawasan menjual kereta di al-Bayaa dan menyebabkan kematian lebih 50 orang," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pegawai Kementerian Dalam Negeri turut mengesahkan serangan yang berlaku sekitar jam 4.15 petang (waktu tempatan) itu turut menyebabkan 50 lagi cedera.

Difahamkan, lokasi kejadian merupakan kawasan terbuka yang sering  digunakan sebagai tempat di mana ratusan penjual kenderaan meletakkan kereta mereka sebelum berbincang dengan pembeli baharu, lapor AFP.

1 comment:

  1. Ass.. Salam kenal dan salam sejahtera bagi temen smua.. Jgn mudah prcaya dari komentar orang, jujur sye nak udah kena tipu 2kli pada orang yg tak sye kenal. Baru kali ini sye merasakan kemenangan dlam pusingan nombor 6D kedai TOTO. Bila anda nak btuh nombor 4D/6D untuk kedai SPORT TOTO, MAGNUM, KL, sila nak waps +6282346667564 / 082346667564 atas nme ABAH WIRANG..


    Salam anak rantau..
    Johor dan sekitarNy


    ReplyDelete