Sunday, February 12, 2017

'Bukan semua dosa patut dijatuhi hukuman'

Professor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi
Professor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi ketika berucap pada forum "Sejauh Mana Anda Memahami Hudud" di Dewan Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi mendakwa tidak semua dosa harus dijatuhi hukuman.

Menurutnya, dalam Islam sendiri punyai perbezaan di antara dosa dan jenayah yang dilakukan.
"Tidak semua dosa harus dijadikan jenayah namun undang-undang cenderung berbuat begitu,"katanya ketika forum 'Sejauh Mana Anda Memahami Hudud' di Dewan Persatuan Alumni University Malaya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Tambahnya lagi, sebahagian daripada  hukum syariah ini tidak mendatangkan bahaya.

"Kesalahan yang dilakukan ini tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai ataupun pada keselamatan negara.
"Orang-orang yang tidak berpuasa dan tidak berdoa, mereka tidaklah berbahaya, haruskan mereka dikenakan tindakan undang-undang?" katanya lagi.

No comments:

Post a Comment