KUALA LUMPUR - Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi mendakwa tidak semua dosa
harus dijatuhi hukuman.
Menurutnya, dalam Islam sendiri punyai perbezaan di antara dosa dan jenayah yang dilakukan.
"Tidak semua dosa harus dijadikan jenayah namun undang-undang cenderung
berbuat begitu,"katanya ketika forum 'Sejauh Mana Anda Memahami Hudud'
di Dewan Persatuan Alumni University Malaya.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan
Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat
bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Tambahnya lagi, sebahagian daripada hukum syariah ini tidak mendatangkan bahaya.
"Kesalahan yang dilakukan ini tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai ataupun pada keselamatan negara.
"Orang-orang yang tidak berpuasa dan tidak berdoa, mereka tidaklah
berbahaya, haruskan mereka dikenakan tindakan undang-undang?" katanya
lagi.
No comments:
Post a Comment