Wednesday, February 8, 2017

Chong Wei berang, mahu keluar BAM

Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa marah terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang didakwa tidak mengendahkan aduan berkaitan pelapik lantai tempat latihannya, sehingga membuatkannya cedera dan terlepas kejuaraan dunia.

Jaguh badminton dunia itu berkata beliau hanya berdiam diri sebelum ini kerana hormat pada jurulatihnya Hendrawan (satu nama) yang meminta beliau bersabar.
“Sekarang saya sudah hilang sabar dan marah... jika tiada penyelesaian, saya keluar dari BAM,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.
Chong Wei terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai kejohanan All-England di Birmingham, Mac depan selepas mengalami kecederaan ligamen koyak di lutut kiri.

Pemain 34 tahun itu dilapor tergelincir dan terjatuh ketika berlatih di gelanggang Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang menggunakan pelapik lantai baru.

Sementara itu, Chong Wei juga mendakwa Pengarah Teknikal BAM Morten Frost tidak mengendalikan kecederaannya dengan baik.

“Bukan tanya keadaan saya, dia sebaliknya tanya jurulatih saya sama ada saya patut bersara... kenapa?” katanya.

Frost enggan mengulas dakwaan itu ketika dihubungi harian itu.

1 comment:

  1. Kesemua Urusan Pentadbiran BAM dari Pengerusi hingga kebawah WAJIB di Rombak.kalau Luahan Datuk Lee chong wei tidak diendahkan inikan pulak pemain pemain BAM yg tidak glamour untuk luahkan rada tidak puas hati.dari dulu lagi Pegawai pegawai atasan BAM buat banyak masalah .Pengurusan

    ReplyDelete