3/2/17
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat membuat permohonan di
Mahkamah Persekutuan negara itu untuk meluluskan rancangan melupuskan
pegangan ahli perniagaan kontroversi Jho Low dalam Hotel Park Lane di
Manhattan, New York.
Ini sebahagian usaha DOJ untuk merampas aset Jho Low, yang secara
langsung dinamakan dalam saman sivil pelucuthakan berkaitan aset 1MDB
yang difailkan tahun lalu, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
Permohonan berkenaan difailkan bersama dengan pemaju hartanah Steven
Witkoff, di sebuah mahkamah persekutuan di Los Angeles yang bertujuan
untuk menstabilkan Hotel Park Lane yang berdepan masalah kewangan dan
memulakan proses untuk menjual kepentingan Low dalam hartanah itu.
Low membeli 55 peratus pegangan dalam hotel berkenaan, yang
dipercayai DOJ adalah antara aset yang dibeli dengan wang yang
diselewengkan daripada 1MDB.
WSJ berkata hotel itu adalah antara pelaburan besar Low di Amerika
Syarikat dan aset terbesar yang diburu oleh DOJ dalam kes terhadap
beliau.
Jurucakap Low tidak bertindak balas terhadap permohonan untuk mendapatkan ulasan berhubung perkembangan itu, kata WSJ.
Low sebelum ini menafikan salah laku dalam perkara berkenaan dan
setakat ini beliau belum didakwa dengan sebarang pertuduhan jenayah
berkaitan dengan isu 1MDB.
Jika permohonan oleh DOJ dan Witkoff diluluskan, pelan itu akan
membolehkan Witkoff dan sekumpulan pelabur untuk menyuntik dana kepada
hotel berkenaan dan meneruskan pelan pembangunannya, kata akhbar itu
lagi.
Menurut dokumen mahkamah, proses menjual kepentingan Low adalah "kompleks dan berharga" serta mengambil masa beberapa bulan.
Malaysiakini
Tolong delete lah komen berkaitan JUDI di atas...
ReplyDelete