Thursday, February 23, 2017

Hanya integriti diperlukan jadi ketua audit negara, kata Amanah

 | February 22, 2017
Pemimpin Amanah berkata, peranan ketua audit dan akauntan negara berbeza kerana ia memerlukan kelayakan profesional.
Dzulkefly-Ahmad_madinah-mihamad_jan_600
PETALING JAYA: Tiada salahnya perlantikan Tan Sri Madinah Mohamad sebagai ketua audit negara baharu walaupun kekurangan pengalaman yang relevan kerana kriteria utama jawatan itu adalah “integriti”, kata pemimpin Amanah.
Pandangan Dr Dzulkefly Ahmad ini berlawanan dengan kebanyakan ahli politik pembangkang dan pemerhati lain yang mempertikaikan pelantikan Madinah kerana beliau tidak pernah terlibat dalam bidang audit sebelum ini.

“Ketua audit negara mempunyai peranan berbeza daripada akauntan negara. Akauntan negara adalah seorang akauntan profesional yang menjaga semua simpanan kira-kira kerajaan, perbelanjaan dan lain-lain.

“Akauntan negara mesti mempunyai kelayakan profesional. Bagaimanapun, ketua audit negara tidak semestinya. Kriteria yang menentukan ketua audit negara adalah integriti,” kata pengarah strategi Amanah itu dan menambah ketua akauntan perlu peka dengan semua angka, sementara ketua audit perlu memahaminya.

Bagaimanapun, bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata objektif Madinah dalam menangani isu berkaitan integriti kewangan kerajaan akhirnya akan menjadi tajuk perbualan utama selepas perlantikan beliau.
“Hakikat beliau dilantik oleh PM semasa, yang diselubungi beberapa kontroversi, tidak harus mempengaruhi kebebasannya dengan mengambil kira tanggungjawab beliau.

“Tanda soal itu kekal, ia tidak melibatkan hal peribadi terhadap beliau, tetapi lebih berkaitan dengan fakta beliau berkahwin dengan ketua bahagian Umno Kepong yang bersumpah kepada umum mengenai kesediaannya untuk mati demi (Datuk Seri) Najib Razak sebelum ini,” kata Dzulkefly berkata merujuk kepada suami Madinah, Datuk Rizuan Abdul Hamid.

Beliau berkata walaupun dilantik oleh Najib, Madinah masih perlu menyatakan pendapat profesional dalam mana-mana badan eksekutif di mana beliau perlu menasihati perdana menteri.

Madinah, yang merupakan ketua setiausaha Kementerian Pendidikan sehingga tempoh bersara wajib sejak September tahun lepas, akan mengambil alih daripada Tan Sri Ambrin Buang yang khidmatnya sebagai ketua audit negara berakhir hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Madinah atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja mengikut Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan .

Madinah, 60, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia serta doktor falsafah dalam bidang pengurusan sumber manusia daripada Universiti Putra Malaysia.

Pada Mei 2013, beliau dipindahkan ke Kementerian Pendidikan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, di mana beliau juga menjadi ketua setiausaha. Beliau berkhidmat dengan perkhidmatan awam sejak 35 tahun lalu

2 comments:

  1. Sekiranya benar. :
    " ketua bahagian Umno Kepong yang bersumpah kepada umum mengenai kesediaannya untuk mati demi (Datuk Seri) Najib Razak sebelum ini,” kata Dzulkefly berkata merujuk kepada suami Madinah, Datuk Rizuan Abdul Hamid."
    maka mungkin timbul isyu2 'aqidah, apa kata mufti2 dan agamawan2 yg begitu ramai di Malaysia.
    Pada Madinah sendiri, penyataan sebegitu sekiranya benar bukankah apa yg di panggil "terminal loyalty" dlm ilmu sains politik ? Adakah ia sesuai dlm suasana politik semasa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete