19/2/17
Di sebalik kenyataan dibuat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib
Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata parti itu kini tetap
mempunyai hubungan kukuh dengan PKR.
Malah, katanya, ketika mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS semalam, isu
hubungan dan kerjasama dengan PKR langsung tidak dibincangkan.
“Semasa mesyuarat PAS Pusat, tak ada (sesiapa) kata yang kita akan putus (hubungan) dengan PKR.
“(Jika ada sebut nak) bincang (hubungan dengan PKR), itu biasalah, apa-apa perkara pun kita bincang.
"Tapi sekarang ni hubungan PAS rapat dengan PKR. Kita (PAS) masih ada
hubungan yang akrab dengan negeri," katanya kepada media di Kuala
Lumpur hari ini.
Iskandar ditemui ketika menghadiri sambutan tahun baru Cina anjuran
PKR Batu. Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua.
Sebelum ini Abdul Hadi berkata PAS enggan mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP serta Parti Amanah Negara (AMANAH).
Mengulas mengenai tawaran bekerjasama oleh Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU), Abdul Hadi menyatakan, mereka enggan ada hubungan
dengan sesiapa saja yang baik bersama DAP serta AMANAH.
Presiden PAS itu juga berkata, parti berkenaan akan mengkaji semula
hubungannya dengan PKR pada muktamar yang dijadual berlangsung antara 20
April hingga 1 Mei akan datang.
Bagaimanapun di Selangor, PAS masih berada dalam kerajaan walaupun
pada masa sama ada DAP. PKR pula pada masa sama mempunyai hubungan baik
dengan DAP dan AMANAH.
Pada 17 Februari lalu Malaysiakini memetik kenyataan
Iskandar yang berkata, PAS tidak mungkin membuat keputusan untuk
memutuskan hubungan dengan PKR walaupun akan dibincangkan dalam
muktamar.
"Saya yakin muktamar berkenaan tidak akan (buat keputusan) memutuskan hubungan dengan PKR," katanya kepada Malaysiakini.
"Selangor sangat penting bagi PAS. Ia menunjukkan PAS bukan parti pantai timur atau Melayu sahaja, tetapi parti nasional," jelasnya.
Menurut Iskandar, ketika ini PAS tidak mengalami sebarang masalah dalam kerajaan negeri.
"Saya rasa kita periksa balik, kita masih ada lagi hubungan,” katanya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment