Monday, February 6, 2017

Jamal lepaskan semua jawatan politik, pilih 'niaga judi

Jamal lepaskan semua jawatan politik, pilih 'niaga judi'
Jamal ketika dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya petang tadi.
AMPANG - Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan akan meletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Pengerusi NGO Selangor dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia untuk mengusahakan perniagaan barunya iaitu kedai mesin judi haram.
Beliau berkata demikian selepas dibebaskan bersama sembilan daripada tahanan reman kira-kira pada jam 7 malam tadi.

Jamal direman selama lima hari setelah mendapat perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim Majistret Mohd Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang.
Jamal berkata, berniaga kedai judi haram lebih baik dan berkepentingan dari jawatan yang beliau miliki.

Sebelum ini, peguam Zamri Idrus yang mewakili Jamal memberitahu media bahawa anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Beliau berkata Jamal ditangkap disebabkan satu laporan polis terhadap anak guamnya itu dan tempoh tahanan reman tersebut dikeluarkan kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu ditahan di kediamannya pada 3 petang.

Pada Disember tahun lepas, Jamal bersama beberapa yang lain telah 'menyerbu' beberapa premis yang menjalankan kegiatan judi di Ampang, Selangor

No comments:

Post a Comment