Monday, February 6, 2017

Kanak-kanak 4 Tahun Mati Ditendang Ibunya Kerana Tak Mahu Gosok Gigi

6/2/17

 
Montgomery County Police Iris Hernandez Rivas (20).



MARYLAND, KOMPAS.com - Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun ditemui meninggal dunia, setelah mendapat tendangan di perut dari ibunya sendiri.


Mulanya, sang ibu, Iris Hernandez-Rivas (20) menelepon polis  setelah mendapati puterinya tak bergerak di salah satu ruang di rumahnya di Gaithersburg, Maryland.


Kepada polis , Iris mengaku anaknya yang bernama Nohely Alexandra Martinez Hernandez itu mulanya pergi ke kamar mandi. 

Berselang 15 minit kemudian, Iris mendapati Nohely tak bergerak, dengan tubuh tertelungkup di dalam bathup.


Namun, Iris mengaku menunggu satu jam sebelum akhirnya menelepon saluran 911. Demikian dilansir laman Fox5.

Nohely dibawa ke Rumah Sakit Anak Nasional di Washington DC dalam keadaan kritikal. 


Ketika pemeriksaan di RS, para doktor mendapati sejumlah lebam di bahagian tubuh Nohely, termasuk bekas trauma di bahagian kepala.

Beberapa saat kemudian, kanak-kanak itu dinyatakan telah meninggal dunia.


Polis mengatakan, Iris kebelakangan mengaku menendang anaknya itu di bahagian perut. Ibu tersebut marah, kerana anaknya tak mau gosok gigi. 


Kepada polis, Iris pun mengaku anaknya menderita lebam dan calar kerana dia memukul  dengan tali pinggang beberapa hari sebelumnya.

Sang ibu pun kini menghadapi dakwaan penganiayaan anak dan penyerangan. 

No comments:

Post a Comment