Monday, February 27, 2017

Kit Siang mengenang PAS versi Nik Aziz vs Hadi

 | February 27, 2017
Veteran DAP itu mempersoalkan perubahan sikap PAS selepas pemergian Nik Aziz.

Kit-siangKUALA LUMPUR: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini berkata PAS di bawah kepimpinan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan merelakan muslihat atau pengkhianatan politik seperti mana dilakukan oleh kepimpinan semasa parti Islam itu.

Lim berkata sekiranya Nik Aziz masih hidup, PAS tidak akan teragak-agak menyertai pergerakan parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global.

“Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti pada mana-mana bangsa atau agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia,” katanya.

Nik Aziz, mursyidul am PAS, meninggal dunia pada 15 Feb 2015, selepas 23 tahun mengetuai kerajaan PAS di Kelantan.
PAS dan DAP yang merupakan sebahagian Pakatan Rakyat memutuskan hubungan masing-masing susulan pertikaian mengenai rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Lim, sebaliknya berkata PAS di bawah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin selesa dengan Umno semata-mata kerana perdana menterinya beragama Islam.
Katanya, ia memperlihatkan perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz dan PAS versi Hadi.

Lim mempersoalkan tuduhan PAS yang DAP merupakan parti anti Islam.
“Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, mengapa Nik Aziz akan menziarahi mantan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013 dan hari jadi Nik Aziz yang ke 82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?
“Kenapa begitu sekali perubahan terhadap PAS setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?” soalnya lagi

1 comment:

  1. Dia ni bukannya faham makna Islam pun. Belajar islam tak mau.

    ReplyDelete