20/2/17
Pembangkang hari ini menuntut pemansuhan beberapa lagi jawatan,
kementerian dan badan yang menurut mereka tidak perlu, bagi menjimatkan
wang kerajaan.
Tuntutan itu dibuat sebahagian daripada cadangan penstrukturan semula
perkhidmatan awam, susulan kebimbangan terhadap perbelanjaan emolumen
RM77.4 bilion atau kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan belanjawan.
“Penyusunan semula adalah lebih baik daripada mengurangkan penjawat
awam melainkan untuk jabatan-jabatan yang melibatkan pelantikan kuota
parti politik,” menurut kenyataan Pakatan Harapan.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Datuk Saifuddin Nasution bagi pihak
PKR, Liew Chin Tong (DAP) dan Khalid Samad (Parti Amanah Negara –
AMANAH).
Isu itu muncul semula selepas bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim (gambar), 13 Februari lalu, mencadangkan kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam sebelum terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti di Greece.
Mohd Sheriff merujuk kepada tindakan beberapa negara di benua Eropah
yang secara tiba-tiba mengecilkan saiz perkhidmatan awam bagi
mengurangkan perbelanjaan operasi setelah ekonomi terjejas teruk.
Sementara itu, kenyataan HARAPAN hari ini mencadangkan pemansuhan
Kementerian Wilayah Persekutuan kerana didakwa bertindih tugas dengan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya.
“Peruntukan belanjawan yang dikhaskan pada Kementerian Wilayah
Persekutuan sebanyak RM1.61 bilion perlu diagihkan semula kepada
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam bentuk penyediaan
rumah mampu milik kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, HARAPAN juga menggesa kerajaan memansuhkan jawatan
duta-duta khas dan penasihat menteri yang bertaraf menteri yang “tidak
berperanan” membangunkan negara serta bertindih dengan tugas perwakilan
luar negara.
Selepas Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan
Multimedia, dua lagi badan turut berdepan gesaan sama, iaitu Biro
Tatanegara (BTN) dan Program Permata Negara yang dinaungi isteri perdana
menteri Rosmah Mansor.
Peruntukan PERMATA itu dicadang diagihkan semula kepada agensi-agensi
pendidikan awal kanak-kanak sedia ada seperti yang sedang dikendalikan
oleh Kementerian Pendidikan.
Gabungan pembangkang itu juga menegur peruntukan besar RM10 bilion
daripada RM20.31 bilion bagi tahun 2016.kepada Pejabat Perdana menteri.
HARAPAN mempertikaikan jumlah menteri dan timbalan menteri yang masing-masing berjumlah sembilan dan tiga orang.
“Lantikan-lantikan ini hanyalah untuk memenuhi kuota setiap ahli komponen BN dan bukannya atas dasar meritokrasi dan keupayaan melaksanakan tugas,” kata mereka.
Malaysiakini
“Lantikan-lantikan ini hanyalah untuk memenuhi kuota setiap ahli komponen BN dan bukannya atas dasar meritokrasi dan keupayaan melaksanakan tugas,” kata mereka.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment