Tuesday, February 14, 2017

Mufti Perlis tak setuju himpunan balas Akta 355

13/2/17

Mufti Perlis Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau tidak bersetuju dengan rancangan BEBAS, gerakan yang menyokong kebebasan beragama untuk mengadakan himpunan menentang perhimpunan Akta 355 pimpinan PAS pada 18 Februari ini.

Bercakap pada forum mengenai hudud yang dianjurkan oleh NGO Angkatan Amanah Merdeka, Mohd Asri berkata, perhimpunan seperti itu tidak produktif dan tidak membantu mendidik orang ramai.
"Saya tidak bersetuju dengan himpunan balas itu. Saya merasakan jika orang lain mahu mengadakan perhimpunan dan kami mengadakan himpunan balas, perkara ini tidak akan berakhir.

"Ini bukan tentang perhimpunan (membantah atau menyokong) tetapi mengenai pendidikan dan bagaimana kita memaklumkan kepada rakyat (mengenai Akta 355)," katanya.

Sepanjang forum yang turut dinampilkan Penasihat Undang-undang UiTM, Prof Shad Saleem Faruqi dan Ahli Sains Politik USM, Ahmad Fauzi Abdul Hamid, Mohd Asri berulang kali menegaskan beliau bukan anti-hudud tetapi sekadar menimbulkan persoalan berhubung syarat-syarat pengenaan undang-undang tersebut.

Beliau turut menasihati semua pihak untuk belajar tentang Islam melalui sumber yang boleh dipercayai untuk mengelakkan salah faham tentang agama.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment