Sunday, February 5, 2017

Pedra Branca: Singapura tidak yakin Malaysia ada kes

 | February 5, 2017
"Saya tertanya-tanya apakah fakta baharu yang terkandung dalam dokumen berkenaan dan bagaimana akan membawa sebarang perbezaan terhadap kes itu," kata menteri undang-undang Singapura
Law-and-Home-Affairs-Minister-K.-Shanmugam
SINGAPURA: Singapura akan mengkaji dokumen yang dikemukakan Malaysia kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam permohonan semakan semula terhadap penghakiman mengenai pemilikan Pedra Branca (Pulau Batu Puteh).

Channel NewsAsia melaporkan lewat Sabtu bahawa Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata pasukan undang-undang akan meneliti dokumen itu serta memberi respon sewajarnya.
Shanmugam juga berkata Malaysia perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang ditetapkan mahkamah.

“Antaranya ialah terdapat fakta baharu dan fakta baharu yang ditemukan itu akan menghasilkan perbezaan penting, manakala skop perundangan secara khusus pula perlu dijelaskan.

“Jika dilihat dari perspektif itu, saya tertanya-tanya apakah fakta baharu yang terkandung dalam dokumen berkenaan dan bagaimana akan membawa sebarang perbezaan terhadap kes itu atau mewujudkan sebarang perbezaan,” kata beliau seperti yang dilaporkan.

Fakta baharu yang mendorong Malaysia memohon agar semakan dibuat terhadap keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh itu merujuk kepada 3 dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom.

Dalam siaran akhbar melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata dokumen itu ialah surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan pada 1958 oleh seorang pegawai tentera laut Britain dan satu peta bernota mengenai operasi tentera laut mulai 1960-an.

Dokumen itu ditemukan di arkib berkenaan antara 4 Ogos 2016 dan 30 Jan 2017, katanya.
Malaysia memfailkan permohonan tersebut pada Khamis.
FMT

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete