Wednesday, February 15, 2017

Pendidikan percuma untuk 483,000 kanak-kanak Syria

Sinar Harian
Kanak-Kanak Syria
Sekumpulan kanak-kanak Syria. - Foto EPA
ANKARA - Turki setakat ini telah menawarkan pendidikan percuma kepada 483,000 kanak-kanak Syria, kata menteri pendidikan pada Isnin menurut laporan agensi berita Turki (AA).

Ismet Yilmaz dalam satu temu bual khas dengan AA berkata, separuh daripada keseluruhan 850,000 murid pelarian Syria yang berada di negara itu menerima pendidikan bersama dengan murid tempatan lain di sekolah awam.

"Kami mahu menyediakan pendidikan bukan sahaja untuk anak-anak rakyat negara ini tetapi juga kepada pelarian yang berlindung di Turki dan kepada anak-anak yang tidak dapat meneruskan kehidupan di negara sendiri. Jika seseorang itu tidak berpelajaran memudahkan mereka terdedah kepada risiko di mana sahaja mereka berada," kata Yilmaz.

Beliau berkata, pihak berkuasa menjalankan kajian intensif bagi menyediakan pendidikan kepada pelarian Syria susulan arahan Perdana Menteri Turki Binali Yildirim pada Jun lepas yang mahu segera disediakan pendidikan percuma kepada pelarian.

Kesatuan Eropah turut menyumbang kepada Turki untuk tujuan pendidikan dan berikrar untuk memberi sumbangan bernilai AS$319 juta.
"Pada fasa pertama mereka telah menghantar €90 juta," kata Yilmaz sambil menambah pihak kementerian pula mengedarkan buku dan membiayai tenaga pengajar.

Turki telah menjadi tuan rumah untuk tiga juta pelarian Syria melebihi negara lain di dunia. Negara itu juga telah memperuntukkan kira-kira $25 bilion bagi memberi perlindungan kepada pelarian sejak perang Syria meletus pada 2011. - Bernama

3 comments:

  1. turki adalah contoh Negara berkepimpinan islam yg baik.

    dlm pada turki yg dituduh secular itu membantu sekian ramai kanak2 islam Syria... ada pula seekor penyu tua yg pergi berpeluk syg dengan pembunuh umat islam Syria iaitu syiah iran laknatullah.

    begitu juga Saudi yg dituduh Saudi oleh musuh2 islam.. menerima sekian ramai pelarian dan mereka diberi pekerjaan dan tidak diletak di bawah status pelarian.

    tapi syiah fitnah kata Saudi tk bantu pelarian islam.

    penyu tua tu hanya tau nk ruu yg difitnah sebagai hudud. apa nk jadi kat umat pi mampos la.

    ReplyDelete
  2. ralat:

    begitu juga Saudi yg dituduh wahabi oleh musuh2 islam

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...



    ReplyDelete