Friday, February 3, 2017

Rasuah,jangan berakhir dengan gelaran 'wayang'

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Prestasi membasmi rasuah bukan diukur melalui jumlah tangkapan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tapi melalui jumlah pensabitan oleh Jabatan Peguam Negara.

Mengingatkan perkara itu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, SPRM hanya mempunyai kuasa melakukan siasatan, bahagian pendakwaan adalah di luar kuasa mereka.

"Kegagalan untuk mensabitkan kesalahan di dalam kes PKFZ, kes NFC, kes bekas CEO Kumpulan Sime Darby dan kegagalan bertindak terhadap SRC International serta 1MDB masih menjadi titik hitam kepada prestasi pembasmian rasuah negara.

"Tidak hairanlah mengapa rakyat akan terus meragui kesungguhan kerajaan dalam membasmi rasuah,"katanya dalam satu kenyataan.
Ujar Tuan Ibrahim lagi, tangkapan-tangkapan pegawai kerajaan berpangkat tinggi oleh SPRM hanya akan berakhir dengan gelaran 'wayang' oleh rakyat jika kebanyakannya berakhir seperti kes Kasitah Gaddam dan juga skandal Jabatan Air Sabah yang dikategorikan SPRM sebagai kes tanpa unsur rasuah dan di luar bidang kuasa SPRM, selepas kes itu menggegarkan media dengan rampasan berjuta wang ringgit.

No comments:

Post a Comment