Monday, February 20, 2017

SPRM siasat tender pembekalan peralatan gimnastik

Sinar
SPRM
SPRM
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat isu dakwaan tender pembekalan peralatan gimnastik untuk Sukan SEA 2017 yang dipercayai wujud unsur penyelewengan dan salah guna kuasa. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya juga sedang meneliti maklumat-maklumat berhubung dakwaan berkenaan.
"Pihak saya akan meneliti dan siasat dahulu perkara ini sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya kepada Bernama.

Menurut laporan yang disiarkan semalam, berdasar satu siasatan dalaman yang dijalankan, dipercayai terdapat elemen rasuah dan salah guna kuasa berhubung permohonan dan kelulusan tender tersebut.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan Sea buat kali keenam yang berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos depan. 
Bernama

1 comment:

  1. Ass.. Salam kenal dan salam sejahtera bagi temen smua.. Jgn mudah prcaya dari komentar orang, jujur sye nak udah kena tipu 2kli pada orang yg tak sye kenal. Baru kali ini sye merasakan kemenangan dlam pusingan nombor 6D kedai TOTO. Bila anda nak btuh nombor 4D/6D untuk kedai SPORT TOTO, MAGNUM, KL, sila nak waps +6282346667564 / 082346667564 atas nme ABAH WIRANG..


    Salam anak rantau..
    Johor dan sekitarNy


    ReplyDelete