Monday, February 13, 2017

TMJ, Annuar Musa sah berebut jawatan presiden FAM

 | February 13, 2017
Khairy Jamaluddin dan Aseh Che Mat tidak mengesahkan pencalonan mereka sehingga tempoh pencalonan ditutup 5 petang tadi.
tmj-annuar-musa-fam
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya mengesahkan pencalonannya untuk bertanding merebut kerusi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ini menjadikan perebutan kerusi panas itu pertembungan satu-lawan-satu, selepas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pencalonannya pada 6 Februari lalu.

Dua lagi calon yang dinamakan sebelum ini, Khairy Jamaluddin yang juga menteri belia dan sukan serta bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat tidak mengesahkan pencalonan mereka sehingga tempoh pencalonan ditutup petang tadi.
“TMJ dan Annuar merupakan 2 calon yang mengesahkan pencalonan sehingga tamat tempoh 5 petang ini.

“Pencalonan ini akan diteliti dalam mesyuarat Exco FAM pada 20 Februari ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media di Wisma FAM.

Pemilihan jawatankuasa baharu badan induk bola sepak negara bagi penggal 2017-2021 akan diadakan pada Kongres FAM ke-53, 25 Mac ini.
Hamidin berkata, kedua-dua calon masih boleh menarik diri daripada pertandingan itu sebelum kongres dijalankan.

Sementara itu, pertandingan bagi jawatan 2 timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan antara 4 calon, manakala 9 calon akan bertanding bagi 4 jawatan naib presiden
FMT

No comments:

Post a Comment