Wednesday, February 15, 2017

TMJ paling layak jadi presiden FAM

TMJ
Tunku Ismail
TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah tokoh terbaik dan paling layak untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), demikian menurut Pemuda Amanah.

Ketuanya, Mohd sany Hamzan berkata, selain berpengalaman dalam membina skuad Johr Darul Ta’zim (JDT), faktor kesungguhan dan idea segar TMJ dilihat menjadi faktor baginda layak memegang jawatan sebagai presiden.  

“Hasil tinjauan, TMJ menjadi calon 'favourite' yang mana pelbagai pihak dan individu telah memberikan sokongan secara umum kepada baginda untuk mengemudi FAM menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Mereka yakin TMJ mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak negara era 1960-an hingga 1980-an.

“Peminat bola sepak tempatan sudah pasti menyokong sepenuhnya TMJ yang telah membuktikan kemampuannya memimpin kejayaan skuad JDT,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, TMJ juga telah membina skuad JDT bermula dari bawah hingga berjaya mengangkat skuad tersebut hingga ke tahap yang cukup membanggakan.
“Kami yakin, TMJ sebagai tokoh anak muda berkemampuan untuk merealisasikan harapan rakyat khususnya peminat bola sepak negara dalam memacu kejayaan FAM.

“Kami mengharapkan agar ahli gabungan yang layak mengundi memberikan sokongan kepada TMJ demi masa depan bola sepak negara,” katanya.
Kerusi panas Presiden FAM menjadi perbualan rakyat khususnya peminat bola sepak tanah air.

Ramai yang memberi harapan agar ada sinar baharu kepada sukan nombor satu tanah air ini selepas kemerosotan prestasi hingga menyebabkan rangking Malaysia semakin merudum.

Calon Presiden FAM untuk sesi 2017-2021 telah diumum secara rasmi semalam yang mana dua daripada empat calon telah menyatakan hasrat untuk merebut jawatan tersebut.

Kedua-dua mereka ialah TMJ dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga bekas Timbalan Presiden FAM turut mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak.

Namun, ramai yang beranggapan TMJ lebih menyinar dan berpotensi besar untuk mengangkat FAM ke satu tahap yang lebih membanggakan.

1 comment:

  1. Sapa bran komen FAM lps ni.. cuba ler klu nak #rasanasifree#

    ReplyDelete