Wednesday, February 22, 2017

'Uuuu... takut betul saya pada Annuar'

Malaysiakini 22/2/17

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, beliau 'sangat takut' dengan lawannya, Tan Sri Annuar Musa dalam merebut gelaran presiden FAM.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan hadirin apabila bertanya sama ada beliau 'gerun' apabila berdepan Annuar yang turut bertanding jawatan presiden FAM.

"Uuuu... takut betul", kata Tunku Ismail sambil tersenyum sinis pada perjumpaan tertutup Tunku Mahkota Johor dengan penyokong bola sepak tanah air di ibu negara hari ini.

Selain itu bercakap mengenai peluangnya untuk menjadi presiden FAM, Tunku Ismail berkata keyakinan beliau adalah 50-50 sama ada akan menang pada pertandingan untuk merebut jawatan tersebut.

Ini kerana, katanya, beliau akan kalah untuk mengambil alih jawatan berkenaan sekiranya wujud unsur 'politik' bagi memenangi kedudukan itu.
"Saya 50-50 sama ada menang jawatan itu sebab saya tahu akan ada unsur politik.

"Kita tak tahu orang politik ini tetapi, kalau ada unsur politik dan sesetengah individu ada proksi mereka, mungkin saya kalah.
"Tapi lepas jumpa perdana menteri semalam, tengoklah apa cerita," kata Tunku Ismail tersenyum di hadapan kira-kira 200 hadirin

No comments:

Post a Comment