Tuesday, March 7, 2017

Duta Malaysia di Korea Utara pula diusir

Mohamad Nizan Mohamad
Mohamad Nizan Mohamad –Foto Reuters
PYONGYANG-KOREA UTARA. Korea Utara hari ini memerintahkan Duta Besar Malaysia di Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam bermula hari ini.

Reuters yang memetik laporan daripada agensi berita KCNA berkata, Korea Utara melabelkan Mohamad Nizan sebagai ‘persona non grata’.
Ini berikutan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dipercayai adalah abang kepada pemimpin tertinggi negara itu pada 13 Februari lalu.

Perkara ini juga berikutan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol yang telah diusir dari Malaysia hari ini.

Kang Chol telah diusir oleh kerajaan Malaysia apabila gagal menghadirkan diri pada Sabtu lalu di Wisma Putra.

Kang Chol dipanggil untuk diminta memberi keterangan berhubung kenyataannya yang mengkritik Malaysia serta menuduh Malaysia bersekongkol dengan musuh-musuh Korea Utara dalam mengendalikan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Malaysia telah menarik semula status visa percuma untuk warga Korea Utara yang mahu melancong ke sini.
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara juga semakin parah sejak kes Jong-nam

No comments:

Post a Comment