Tuesday, March 21, 2017

'Saya tak marah, tapi kesabaran saya tercabar'

 
ULASAN Pagi ini, di Dewan Rakyat ketika menjawab persoalan daripada YB Kampar, saya telah disoal mengenai pelaburan Saudi Aramco di Pengerang.
Saya tidak marah kepada YB Kampar, tetapi kesabaran saya tercabar lalu sukar untuk dikawal kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuklah warga asing, yang acap kali berusaha memburuk dan merosakkan persepsi pelabur yang ingin melabur dalam ekonomi negara.

Negara nyaris kehilangan pelaburan yang bernilai USD7 bilion kerana tindakan tidak patriotik sesetengah pihak.
Hari ini, soalan anggota parlimen DAP dari Kampar sekali lagi menunjukkan ada unsur-unsur mensabotaj ekonomi dengan mengutip fakta dari tepi jalan dan diangkat ke Dewan Rakyat yang mulia.

Soalan yang ditanya oleh anggota parlimen DAP dari Kampar sarat dengan insinuasi yang nakal dan tidak bertanggungjawab. Tujuannya untuk mengelirukan rakyat supaya marah dengan kerajaan.

YB Kampar mengatakan kononnya Saudi Aramco hanya perlu membayar 35 peratus (RM31 billion) daripada kos keseluruhan projek Rapid sebanyak RM89 billion tetapi mendapat 50 peratus ekuiti dalam projek tersebut.
Soalan YB Kampar ini bermaksud kerajaan dan juga Petronas memberi faedah terlalu banyak kepada Saudi Aramco dan telah membelakangkan kepentingan rakyat.

YB Kampar sepatutnya membaca atau membuat kajian sebelum mengutarakan soalan yang tidak berkualiti dan hanya bertujuan menghasut rakyat.

Semua maklumat berada dalam ruang lingkup pengetahuan umum. Izinkan saya menjelaskan di sini, Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) merangkumi:
  • Kompleks Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID); dan
  • Fasiliti berkaitan seperti Loji Kogen Pengerang, Terminal Regasifikasi 2, Unit Pemisah Udara, Projek Bekalan Air Mentah, Terminal Pukal Cecair dan juga Fasiliti Utiliti Berpusat.
Kos keseluruhan pembangunan PIC berjumlah RM89 billion atau AS$27 billion berdasarkan kadar tukaran ringgit pada waktu tersebut (2014). Pecahan kos ini pula adalah seperti berikut:
  • Komponen (a) – AS$16 bilion; dan
    Komponen (b) – AS$11 bilion.
Kos keseluruhan sebanyak AS$27 bilion ini tidak pernah berubah untuk setakat ini.
Pada 28 Februari 2017, Aramco dan Petronas telah menandatangani perjanjian jual beli saham untuk pegangan sebanyak 50 peratus dalam sebahagian dari fasiliti di dalam komponen (a) merangkumi loji penapisan, loji perekah dan juga sesetengah kompleks petrokimia.

Dianggarkan nilai pelaburan untuk kepentingan sebanyak 50 peratus dalam fasiliti tersebut bernilai sebanyak AS$7 billion (AS$ bilion @ 100 peratus).

Baki RM2 billion adalah untuk pembangunan fasiliti petrokimia yang lain. Maknanya, Saudi Aramco hanya melabur dalam sebahagian daripada keseluruhan kompleks PIC.

Memandangkan pelaburan oleh Aramco tidak melibatkan kepentingan sebanyak 50 peratus bagi keseluruhan Kompleks PIC, isu membelakangkan kepentingan rakyat Malaysia dan tuduhan memberi faedah terlampau banyak kepada Aramco oleh kerajaan ataupun Petronas adalah tidak wujud sama sekali kerana pelaburan hanya melibatkan fasiliti terpilih.

Saya berharap anggota-anggota parlimen DAP lebih bertanggungjawab dan membaca semua maklumat umum mengenai PIC sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas.
Malaysiakini 20/3/17

DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

2 comments:

  1. Larr...DAPigs memang kaki belit macam tik guru Israel dia orang! lepas MahaKUTTY pulak turunkan ilmu BELIT nya kepada DApigs

    ReplyDelete
    Replies
    1. APCO kan syarikat Israel yang dibawa masuk Najib ke Malaysia. Jadi Najib Umno/BN yang bawa masuk israel!!!

      Sebab tu anak tiri buat filem lucah the wolf of the wall street curi duit rakyat tak apa!!!

      Yahudi kan!!!

      Yang lagi bagus Allah dah tunjukkan laknatnya kepada parti PAS!!! Sebab tu mereka bergelar 'Babi' Pas+Ikatan=Gagasan Sejahtera (PIGS)!!!

      Dah kena laknat Allah sebagai pigs masih tak reti2 nak insaf ke???

      Delete