Sunday, March 5, 2017

SPRM ikrar tindak drastik ‘bersihkan’ Johor

 | March 5, 2017
Tindakan drastik akan diambil tidak lama lagi dan pihaknya bertegas perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan berpanjangan.
johor-maccPETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikrar untuk mengambil tindakan drastik membersihkan Johor daripada rasuah kerana ia sudah lama terbiar.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, tindakan drastik akan diambil tidak lama lagi dan pihaknya bertegas perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan berpanjangan.
“Saya terpaksa mengambil tindakan ini demi kepentingan masyarakat dan negara selain meneruskan tindakan berkenaan atas sebab terbabit selain daripada akta yang mengatakan rasuah itu perlu dibanteras,” kata beliau dipetik Sinar Harian Online.

Ditemui selepas satu majlis di Kluang, Azmi turut menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, yang mahu negeri ini bebas dan bersih daripada amalan rasuah selepas pertemuannya baru-baru ini.
SPRM kini kelihatan bertindak drastik bagi membanteras isu rasuah dengan membuat siri tangkapan di seluruh negara.

Khamis lalu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan negeri Johor akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan kes penyelewangan dalam urusan hartanah dan perumahan di negeri ini, baru-baru ini.

Kata beliau, pihaknya memandang serius kes itu yang membabitkan enam individu termasuk anak dan seorang pegawai khas kepada seorang Exco kerajaan negeri serta membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta.

Beliau berkata semua jabatan serta agensi kerajaan negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan mengenai penyelewengan itu dapat dilakukan dengan adil.

SPRM menahan kesemua suspek itu di negeri ini kerana disyaki bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis-premis di Johor.
SPRM juga merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk matawang asing dan dokumen-dokumen bagi membantu siasatan

No comments:

Post a Comment