19/4/17 Malaysiakini
DAP Pulau Pinang masih belum mendengar sebarang penjelasan daripada
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berhubung gambar-gambar
yang diedarkan secara meluas mendakwa wujudnya hubungan intim beliau
dengan seorang ahli parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud.
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ketika dihubungi berkata
beliau akan mengaerahkan Zairil untuk "memberi penjelasan" tidak lama
lagi dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media.
Mengenai sama ada pemimpin DAP Pulau Pinang akan membincangkan
sekiranya gambar-gambar berkenaan akan menjejaskan pencalonan semula
Zairil sebagai seorang wakil rakyat, Chow berkata perbincangan akan
didakan "jika perlu".
Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata pencalonan
Dyana Sofya untuk bertanding di kerusi parlimen Teluk Intan pada pilihan
raya umum akan datang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan DAP pusat.
"Saya
serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan. Zairil telah
berulang kali menafikan (gambar-gambar sebelum ini) tetapi foto keluar
berterusan, jadi adalah lebih baik media mendapat jawapan dari mulut
mereka sendiri," kata Nga kepada Malaysiakini.
"Dyana aktif di Teluk Intan dan setiap minggu terlibat dalam program
rakyat bersama ADUN (Pasir Bedamar) Terence Naidu. Beliau amat komited
untuk berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan," katanya.
Dyana, yang juga pembantu Lim Kit Siang, tewas kepada Presiden
Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada
tahun 2014.
Zairil, yang telah berkahwin, sebelum ini menafikan beliau adalah
individu yang ditunjukkan menari dengan seorang wanita menyerupai Dyana
dalam set kedua gambar dan video yang diedarkan di internet Mac lalu.
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu masih belum memberi maklum balas terhadap gambar-gambar terbaru itu.
Malaysiakini juga telah menghubungi Lim dan kepimpinan DAP Pulau Pinang untuk mendapatkan komen mengenai pencalonan Zairil.
Tak sah, tak nafi
Ketika dihubungi, Dyana tidak mengesahkan atau menafikan bahawa beliau adalah wanita seperti dalam gambar tersebut.
"Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan, saya anggap pilihan raya umum dah nak dekat.
"Tak
kira siapa dalam gambar dan video-video yang didakwa adalah saya, ini
pencerobohan privasi dalam hidup orang itu.
Saya sedih budaya politik
kita telah sampai ke tahap ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berusaha menarik perhatian daripada "serangan dan dendam
peribadi" kepada kerja-kerja beliau di Teluk Intan, termasuk mendapatkan
dana untuk Pusat Pembangunan Wanita dan membaiki jeti di sana.
Gambar-gambar berkenaan yang merupakan set ketiga diedarkan di
internet dan mengheret kepada tuduhan kedua-duanya mempunyai hubungan
sulit, turut dikongsikan Datuk Rizal Mansor, pembantu kepada isteri
perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Facebook.
"Perlu SD kah untuk membuktikan kisah ini?" soalnya dalam posting Facebook.
No comments:
Post a Comment