Wednesday, April 19, 2017

Fahmi Reza lukis “anak kera”, “anak tokong”

 | April 19, 2017
Fahmi kali ini menyatakan pandangannya mengenai #FatherAndSonParty, menampilkan lukisan menyerupai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, serta Hadi Awang dan Khalid Hadi.
fahmi-reza_cartoon_600
PETALING JAYA: Nampaknya Fahmi Reza mempunyai pandangan tersendiri terhadap gandingan ahli keluarga dalam parti politik.

Dalam muatnaik Facebook terbaharunya, aktivis Fahmi Reza melakar karikatur menyerupai Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dikekong bapanya Lim Kit Siang, bersebelahan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengekong anaknya Muhammad Khalil, yang baru-baru ini dinamakan ketua pemuda PAS.

Kartun bertajuk “Bapa borek, anak rintik” turut membawa hashtag #FatherAndSonParty (parti bapa dan anak), serta perkataan “Bapak dewa, anak tokong” di bawah lakaran menyerupai Guan Eng dan bapanya, dan “Bapak monyet, anak kera” di bawah lakaran menyerupai Hadi dan anaknya.

Fahmi, yang mengundang kontroversi tahun lepas kerana menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut, sekali lagi menyebabkan perbualan minggu lepas dengan lakaran yang menggambarkan Hadi sebagai monyet.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu FMT lukisan Fahmi akan dirujuk kepada peguam parti sekiranya ia mempunyai unsur fitnah.

Fahmi menghalakan penanya terhadap Hadi akibat kartun kontroversi Nanyang Siang Pau bertajuk “Monkey Show Act” yang memaparkan 2 ekor monyet di atas pokok “Akta 355”, merujuk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Sekumpulan monyet dilihat bergaduh di bawah pasangan itu.

Daripada pasangan itu, seekor monyet memakai songkok bertulis “speaker”, manakala seorang lagi memakai serban berlabel “Hadi Awang”. Kementerian dalam negeri kemudiannya mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akbar berbahasa Cina, dan kemudian mengumumkan tiada tindakan lanjut akan diambil.
Semalam, Fahmi memuatnaik gambar borang permohonan menyertai PAS tetapi butirannya menunjukkan beliau cuma mempersendakan parti itu.

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
























    Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete