Ia susulan artikel disiarkan Sarawak Report yang
mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS untuk mereka
menyokong BN dan Umno.
ALOR
SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya memfailkan
saman fitnah terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Bercakap pada sidang media di luar Muktamar Dewan Pemuda PAS di
Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini, Setiausaha Agung PAS,
Datuk Takiyuddin Hassan berkata, saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi
London pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada Ogos 2015 yang mendakwa RM90
juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri
Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan
Nasional dan Umno.
Takiyuddin berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetap enggan
mendedahkan jumlahnya. Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel
bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many
Other Criminal Connections – COMMENT”.
Takiyuddin berkata, artikel itu boleh membayangkan Hadi secara
peribadi menerima suapan besar daripada perdana menteri sebagai
pertukaran untuk PAS berkompromi dari segi pendirian politiknya.
“Ini tuduhan tidak benar sama sekali.
“Dakwaan rasuah seperti ini jelas merosakkan reputasi presiden PAS
yang menunjukkan komitmen kepada proses demokrasi untuk tempoh lama, di
mana falsafah politik dan tindakannya jelas mencerminkan beliau
berpegang teguh kepada prinsip serta ajaran Islam.”
Takiyuddin berkata, peguam PAS di London, Carter-Ruck sudah
menghantar notis undang-undang kepada Clare akhir tahun lalu bagi
menuntut permohonan maaf daripada pengasas Sarawak Report itu dan
menarik balik artikel berkenaan.
“Tetapi, beliau gagal memberi maklum balas, sebaliknya mengeluarkan beberapa kenyataan umum yang merumitkan lagi isu itu.”
Takiyuddin berkata, Hadi tiada pilihan kecuali mengambil tindakan
undang-undang akibat keseriusan tuduhan itu yang merosakkan reputasinya.
Terdahulu, parti Islam itu dilaporkan menubuhkan sebuah tabung khas
untuk mengutip derma daripada perwakilan Muktamar PAS yang sedang
berlangsung di Alor Setar, Kedah, bagi membayar kos guaman “mahal” saman
itu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kos
guaman berjumlah RM200,000 itu dijangka dapat dikutip dalam tempoh
beberapa hari lagi.
Sebelum ini, PAS berkata, kelewatan memulakan tindakan undang-undang
itu adalah hasil daripada usaha untuk mengumpul saksi bagi kes itu.
Kutip tong milo??..en somi Q7 ada..
ReplyDeleteKutip tong milo??..en somi Q7 ada..
ReplyDelete