Sinar Harian
BEIJING - CHINA. Alat getaran bagi menghentikan jiran di tingkat atas
yang bising menjadi popular di kalangan penduduk flat di China, lapor
Beijing Morning Post.
Seorang penduduk Beijing yang hanya dikenali dengan nama keluarga Zhang
mengadu bunyi bising yang datang dari jiran tingkat atas kediamannya
sehingga ibu bapanya sering terjaga dari tidur.
Dia meminta bantuan pihak polis untuk menegur keluarga terbabit dan
meminta mereka untuk berhenti berbuat bising, namun mereka tidak
mengendahkannya.
Berang dengan sikap jirannya itu, Zhang memasang satu alatan getaran
pada siling rumahnya, di mana ia akan bergetar jika bunyi bising
kanak-kanak berlari, petik laporan itu.
"Keluarga di atas turun untuk bercakap dengan saya berkaitan hal ini
dan mereka hanya diam sekejap dan konflik antara kedua keluarga semakin
teruk," katanya.
Taoboa.com yang dimilik Alibaba menawarkan alatan getaran yang
menghasilkan pelbagai bunyi dan ada di antaranya dijual dengan harga
ratusan yuan.
Satu kit dijual dengan harga 138 yuan (RM88) merangkumi motor, alat kawalan berwifi, kabel dan rod boleh laras.
"Masih marah dengan tingkat atas? Masih berdepan masalah walaupun polis
tidak dapat selesaikannya, ini mungkin alat yang akan membantu," petik
salah satu iklan alatan tersebut.
Sementara itu, seorang peruncit berkata, permintaan terhadap alatan itu
sangat memberangsangkan dan mempunyai masalah membekalkan kepada
pelanggan.
Dia turut menawarkan perkhidmatan menyewa alatan itu dan dikenakan bayaran mengikut masa sewaan.
"Sebaik sahaja anda dan jiran anda berdamai, anda boleh mengembalikan
semula alatan itu. Kami kenakan bayaran mengikut hari," kata peruncit
dipetik sebagai berkata.
Seorang pensyarah dari fakulti Kejuruteraan Awam dan Senibina,
Universiti Beijing memberitahu, penggunaan jangka panjang alatan
berkenaan boleh menyebabkan keretakan pada dinding dan kerosakan lain. -
South China Morning Post
No comments:
Post a Comment