Malaysiakini 25/4/17
Kajian Invoke Malaysia, sebuah badan berkaitan PKR menunjukkan Umno
akan menang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang jika berlakunya
pertandingan tiga penjuru dengan mendapat 32.2 peratus undi.
Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, kaji selidik itu juga mendapati Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengatasi PAS.
"Sekiranya
pertandingan tiga penjuru melibatkan antara Umno, PAS, AMANAH
menunjukkan AMANAH berjaya mengatasi PAS dengan kelebihan 3.6 peratus.
"Namun kelebihan tetap kepada Umno iaitu mendahului PAS dan AMANAH
iaitu Umno mendapat 32.2 peratus, AMANAH 16.1 peratus sementara PAS
hanya mendapat 12.5 peratus," katanya dalam sidang medianya di Invoke di
Kuala Lumpur, hari ini.
Rafizi berkata, perkara itu berlaku kerana undi bukan Melayu tidak memihak kepada PAS sekaligus memberi kelebihan kepada AMANAH.
pan dan pkr terlungkup skali
ReplyDeleteSemua lingkup akibat pas main taik
ReplyDelete