KUWAIT CITY - KUWAIT. Seorang wanita ditahan polis di Kuwait selepas tidak menyelamat dan hanya merakamkan pembantu rumah warga Ethiopian terjatuh dari tingkat tujuh ketika cubaan membunuh diri.

Wanita Kuwait itu bertindak merakamkan pembantu rumahnya sedang berpaut pada bingkai tingkap dan memuat naik insiden tersebut di media sosial, lapor Al Seyassah.

Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan pembantu rumah tergantung di luar bangunan dengan satu tangan mencengkam bingkai tingkap dan merayu kepada majikannya untuk membantu.

Pembantu rumah yang ketakukan dilihat menjerit 'pengang saya, pengang saya" sebelum tanganya terlepas dari pengangan dan terjatuh.

Majikannya tidak berbuat apa-apa dan dan terus merakam.
Paramedik menyelamatkan pembantu rumah dan dibawa ke hospital.
Wanita itu patah tangan dan darah pada hidung serta telinganya.
Polis berkata, majikan itu akan didakwa atas tuduhan tidak membantu mangsa, lapor akhbar itu.

Punca cubaan pembantu rumah itu membunuh diri bagaimanapun tidak diketahui.
Persatuan Hak Asai Manusia Kuwait menggesa pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan dan merujuk kepada mahkamah