Wednesday, April 26, 2017

Nafi wujud aktiviti jual jawatan dalam Bersatu

Sinar Harian
Nafi wujud aktiviti jual jawatan dalam Bersatu
Pengerusi Bersatu (tengah) Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang medianya di Ibu pejabat Bersatu, Petaling Jaya.
 
PETALING JAYA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan wujud aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di dalam parti itu.
"Isu itu tidak timbul sama sekali," katanya ringkas dalam sidang medianya di Ibu pejabat Bersatu, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir dalam nada sinis menyindir kerajaan yang kini semakin menekan parti itu.
"Kita mengaku parti kami miskin, ada sekatan, semua akan diserang kerajaan," katanya lagi.
Terdahulu, Mahathir mengulas mengenai isu dakwaan bahawa wujudnya aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di Johor.

Sinar Harian melaporkan sumber yang berkepentingan dalam parti itu mendakwa, seorang individu telah ditawarkan jawatan ketua bahagian Bersatu di negeri itu namun perlu mematuhi syarat-syarat tertentu.

Beliau mendakwa, antara syarat tawaran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp itu ialah individu itu perlu membayar RM250,000 untuk mendapatkan jawatan tersebut selain syarat sampingan yang perlu dipatuhi ketika jawatan itu menjadi miliknya.

No comments:

Post a Comment