Sinar Harian
17 April 2017
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan
memberi laluan kepada sepupunya yang juga Menteri dengan Tugas-tugas
Khas di Jabatan Perdana Menteri, untuk menjadi perdana menteri
seterusnya sebelum PRU14.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa, telahan tersebut
dianggap sebagai jalan keluar terbaik bagi Umno sebelum 'nasi bertukar
menjadi bubur'.
"Sekiranya kita berada di sepatu Najib maka mencari jalan keluar adalah
pilihan yang terbaik sebelum nasi bertukar menjadi bubur!
"Bagi Najib, isunya sekarang adalah jaminan keselamatan keluarga dan
hartanya setelah bersara. Najib tiada pilihan lain melainkan memberikan
kepercayaan kepada sepupunya (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein)
bagi tujuan tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, skandal 1MDB yang terpalit pada Najib menyebabkan Najib
akan mengambil langkah untuk berundur bagi memberi laluan kepada
pimpinan baharu.
"Skandal 1MDB dan MO1 telah menjadi "sumpahan berpuaka" bagi Najib dan
Umno. Sumpahan ini telah menghantui setiap inci kehidupan Najib dan
jalan keluar yang terbaik adalah memberi laluan kepada kepimpinan baru
menerajui Umno dan Barisan Nasional.
"Kemungkinan" Najib akan memberi laluan kepada Hishammuddin sebagai PM
sebelum PRU ke 14 adalah boleh kita anggap sebagai satu telahan politik
yang munasabah. Apa yang penting bagi Umno BN sekarang adalah
kelangsungan kuasa. Pakatan Harapan harus bersiap lebih awal dengan
penampilan yang menyakinkan, diperkukuh dengan perpaduan mantap
keempat-empat parti bersatu di dalamnya," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment