Friday, April 7, 2017

Saya diliwat, dakwa presiden NGO

 | April 7, 2017
Dia mendakwa dipaksa berpakaian seperti jururawat sebelum diserang secara seksual oleh kakitangan rumah kebajikan kendalian kerajaan itu.
Muhammad-Khairul-HafizMELAKA: Presiden sebuah NGO secara terbuka berkata dia diliwat ketika menghuni sebuah rumah kebajikan yang menempatkan kanak-kanak lelaki antara 1999 dan 2004.

Pengalaman traumatik itu menyebabkan Muhammad Khairul Hafiz mencari keadilan untuk dirinya dan ramai lagi kanak-kanak lelaki yang didakwa menjadi mangsa liwat beberapa kakitangan rumah kebajikan kendalian kerajaan itu.
The Star melaporkan pada 2012, Khairul membuat laporan polis mendakwa beberapa kakitangan rumah kebajikan itu meliwat atau mendera secara seksual kira-kira 150 penghuni sejak 2004.

Khairul yang juga presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial (Perbak) memberitahu The Star dia juga dipaksa berpakaian seperti jururawat sebelum didera secara seksual.

“Saya tidak malu untuk menyatakan mengenai kejadian diliwat itu, malah 3 yang lain turut menerima nasib sama,” katanya kepada akhbar itu.
Khairul mendakwa, seorang mangsa yang dikenali sebagai Anbarasu kini seorang pondan dan menetap di Ipoh.
Katanya, pengalaman pahit yang dilaluinya itu menyebabkan dia mahu memperjuangkan hak bekas penghuni dan mereka yang menetap di rumah kebajikan itu.

“Kanak-kanak lelaki di situ kebanyakan datang daripada keluarga miskin dan terpaksa mendiamkan diri kerana laporan yang dibuat terhadap pengurusan rumah kebajikan itu tidak diambil tindakan susulan kekurangan bukti.
“Ada beberapa kes saja yang mendapat perhatian,” katanya dipetik daripada akhbar itu.

Khairul berkata dia berdepan pelbagai halangan termasuk dipanggil penipu, ketika cuba mendedahkan apa yang berlaku di rumah kebajikan itu.
Selepas 5 tahun mengumpul bukti, Khairul berjaya meyakinkan “seseorang yang berkuasa” di Putrajaya yang mahu mendengar masalahnya.
Katanya, dia bertemu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada Selasa dan diberitahu beberapa individu yang terlibat dalam kes mendera anak yatim di rumah berkenaan sudah pun dipindahkan keluar.

Khairul akan membuat laporan polis di Putrajaya pada Jumaat.
“Sidang akhbar akan diadakan di Putrajaya untuk memperincikan kes terdahulu yang masih belum didedahkan. Saya akan serah pada pihak berkuasa untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

The Star pada 14 Mac melaporkan, 2 penghuni rumah kebajikan itu yang berusia 13 dan 16 tahun dimasukkan ke Hospital Melaka selepas dilaporkan diserang warden premis itu kerana didakwa mencuri dan merokok.

No comments:

Post a Comment